Keluarga tidak sabar nanti kepulangan Siti Mariah
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 7 Disember lalu.
ALOR SETAR - Seluruh ahli keluarga kepada seorang wanita yang hilang selama lapan tahun tidak sabar untuk menunggu kepulangannya di kediaman mereka di Kampung Sireh, Padang Terap, dekat sini, pada Sabtu.
Adik kepada Siti Mariah Hamzah yang enggan dikenali berkata, dia dan ahli keluarganya bersyukur apabila menerima berita kakak sulungnya yang berusia 39 tahun itu selamat dan akan pulang pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Disebabkan itu, menurutnya, mereka telah membuat persediaan menyambut kepulangan anak sulung daripada empat beradik itu.
"Kami telah membeli beberapa bahan masakan dan merancang untuk memasak makanan kegemaran kakak.
Iklan
"Kami mungkin akan menyediakan laksa sebagai persediaan menyambut kepulangan kakak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Kata beliau, mereka sekeluarga akan setia menanti kepulangan Siti Mariah tidak kira pada waktu atau pada bila masa pun.
ARTIKEL BERKAITAN:Doa makbul, Siti Mariah ditemui selepas 8 tahun menghilang
Iklan
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan doa tanpa henti pasangan suami isteri agar anak sulung mereka yang gagal dihubungi dan dikesan sejak lapan tahun lalu dapat ditemui semula akhirnya termakbul apabila mereka menerima berita gembira pada malam Rabu.
Hamzah Said, 65, dan isterinya, Che Safuan Abd Rahman, 61, menerima berita gembira penemuan Siti Mariah daripada Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar yang hadir memaklumkan perkara tersebut.
Ibu dan bapa kepada Siti Mariah ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Kampung Sireh, Padang Terap, dekat sini, pada 20 November lepas.
Pada 20 November lalu, suami isteri berkenaan dilaporkan buntu dengan misteri kehilangan anak mereka yang gagal dihubungi dan dikesan sejak lapan tahun lalu.
Difahamkan, kali terakhir anak sulung mereka berhubung dengan ibunya sebelum Januari 2016 dan memaklumkan membeli baju di Nilai, Negeri Sembilan untuk dipakai pada majlis perkahwinan rakannya.
Bagaimanapun, anak sulung daripada empat adik-beradik itu kemudiannya gagal dihubungi sehingga ke hari ini.
Sementara itu, difahamkan media diminta memberi ruang privasi dan tidak datang ke rumah susulan Siti Mariah dilaporkan akan pulang pada Sabtu.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam