Kantoi sorok gula, minyak masak peket

Iklan
Seorang pekerja kedai mengangkat barang kawalan yang disorokkan

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ( KPDN) Melaka berjaya membongkar tindakan dua kedai runcit di kawasan Ayer Keroh, di sini yang melakukan penyelewengan dengan menyorokkan bekalan barang kawalan.

Pengarahnya, Norena Jaafar, berkata, tindakan itu dilakukan pemilik kedai terbabit kerana disyaki mahu menjual barang kawalan termasuk gula, tepung dan minyak peket bersubsidi kepada restoran-restoran berhampiran denganharga lebih tinggi dari pasaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan di stor dan bilik tidur pekerja, pihaknya menemui barang kawalan yang disorokkan di bawah katil pekerja selain diletakkan di kaunter pembayaran dan rak barangan yang telah disusun bagi mengaburi mata penguat kuasa.

"Namun kita berjaya menemui barang kawalan yang disorokkan sebelum dijual dengan harga lebih tinggi contoh minyak masak peket RM2.50 dijual dengan harga RM3," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Pegawai Penguat kuasa memeriksa rak susun barang yang dipercayai menjadi tempat sorok barang kawalan.

Iklan

Jelas beliau, modus operandi sama turut digunakan sebuah lagi premis berdekatan dan peniaga berkenaan mengakui tiada stok minyak masak bersubsidi.

"Namun hasil serbuan terhadap stor bersebelahan mendapati, barang kawalan berkenaan disorokkan di premis yang tidak dilesenkan," katanya lagi.

Iklan

Jelas beliau, KPDN Melaka telah mengeluarkan notis dan membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Peniaga diingatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan dan kita akan melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku," ujarnya lagi.