Honduras catat 177 kematian akibat denggi pada 2019

Iklan
Nyamuk aedes.

TEGUCIGALPA - Honduras bakal melabuhkan tirai 2019 dengan mencatat lebih 115,000 kes denggi dan 177 kematian akibat penyakit itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Ahad.

"Ia merupakan epidemik terbesar yang pernah kami hadapi," kata Timbalan Menteri Kesihatan Roberto Cosenza.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lebih 20,000 orang telah didiagnosis menghidap demam denggi yang teruk.

Penyakit berjangkit itu telah merebak dengan pantas dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dan disebarkan khususnya oleh nyamuk aedes aegypti, yang turut menyebarkan chikungunya, demam kuning dan jangkitan Zika. - Bernama

Iklan
Iklan