KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi, ekoran penumpuan angin yang dijangka berlaku di Timur Semenanjung.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut berpotensi berlaku di negeri-negeri lain pada sebelah petang hingga ke malam.