SHAH ALAM - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditinggalkan di anak sungai berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesan beberapa komen atau kenyataan yang telah dimuat naik di laman sosial berkaitan kejadian berkenaan.