Lelaki lemas jatuh kolam ketika cari burung

Iklan
Seorang lelaki maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam. - Foto: Bomba Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam kumbahan di Kampung Kubang Ikan, Chendering dekat sini pada petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai jatuh ke dalam kolam ketika mencari burung berhampiran kolam terbabit.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah dijumpai oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) jam 5.55 petang pada jarak 3 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh di dasar kolam terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mangsa lemas dijumpai dan dibawa keluar dari kolam sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. . - Foto: Bomba Kuala Terengganu
Iklan

Mengulas lanjut, Rozizah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 11 anggota dari BBP Kuala Terengganu melibatkan satu water tander, sebuah triton dan jentera PPDA.

Iklan

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.