Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak

Iklan
Keadaan padang ketika hujan lebat sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) mungkin boleh menarik sedikit nafas lega apabila keadaan padang tidak terkopak atau tercabut sepanjang aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam ini.

Walaupun padang kelihatan agak menyakitkan mata kerana tidak sempurna di bahagian tengah dan belakang padang, namun ia tidak terlalu mencacatkan corak permainan kedua-dua pasukan.

Iklan
Iklan

Malah, keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi 'bendang' membuktikan sistem saliran berfungsi dengan baik.

Sebelum ini, PSM teruk dikritik apabila keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak teruk selepas berlangsungnya konsert kumpulan Coldplay pada 22 November lalu.

Iklan

PSM juga memberikan jaminan bahawa padang tersebut akan dapat dibaiki sebelum perlawanan akhir tersebut, namun sebaliknya berlaku.

PSM turut memohon maaf pada Khamis selepas keadaan padang itu tidak memuaskan selain mengakui tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaiki padang ke tahap optimum selepas konsert tersebut berlangsung.

Iklan

Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan JDT muncul juara menewaskan TFC 3-1.