UMNO dan Pas tidak mungkin 'rujuk semula'
Iklan
SHAH ALAM - Hubungan UMNO dan Pas tidak mungkin pulih semula dalam masa terdekat seperti yang pernah terjadi ketika terbentuknya penyatuan Melayu-Islam menerusi Muafakat Nasional (MN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, buat masa ini UMNO/Barisan Nasional (BN) lebih memilih bersama Pakatan Harapan (PH) kerana mendapat layanan lebih baik dan kepercayaan lebih tinggi selepas mereka bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 lalu.