Kehadiran Messi transformasi MLS

Iklan
Messi - Foto AFP

PESURUHJAYA Liga Bola Sepak Utama (MLS) Don Garber berkata, liga itu telah menikmati tahun transformasi selepas kehadiran Lionel Messi dan perjanjian penyiaran dengan Apple TV.

Dalam ucapan tahunannya menjelang perlawanan akhir Piala MLS antara Columbus Crew dan Los Angeles FC, Garber berkata, MLS semakin meningkat dalam semua bidang utama.

Iklan
Iklan

"Lionel Messi mempunyai banyak pilihan untuk babak seterusnya dalam karier bola sepak ikoniknya. Keputusannya untuk menyertai MLS sesuatu yang sangat luar biasa.

"Ketibaan Messi di MLS selain perjanjian penstriman global 10 tahun baharu dengan Apple TV bermakna lebih ramai peminat menonton perlawanan MLS di seluruh dunia berbanding sebelum ini," kata Garber.

Iklan

MLS juga menyaksikan peningkatan jumlah penonton di stadium di seluruh negara dengan derby antara Los Angeles FC dan Los Angeles Galaxy menarik rekod liga seramai 82,110 penyokong ke Rose Bowl pada 4 Julai.

Garber berkata, terdapat rekod hampir 12 juta peminat pada perlawanan MLS sepanjang tahun dan turut memuji Piala Liga baharu, yang diadakan bersama kelab dari Liga MX Mexico, sebagai kejayaan yang memberangsangkan.

Iklan

Tahun depan akan menyaksikan Amerika Syarikat menjadi tuan rumah Copa America, Piala Dunia Kelab FIFA dan Piala Dunia.