Nafas agih 95 peratus baja subsidi
Iklan
Shukri (dua dari kiri) membuat serahan tugas kepada Zuraidah (dua dari kiri) sambil disaksikan Phahrolrazi di SK Alor Mengkudu di sini hari ini.
ALOR SETAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengagihkan kira-kira 95 peratus baja subsidi kepada pesawah untuk musim kedua tanaman padi.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, beliau yakin kesemua pesawah akan menerima baja subsidi dalam tempoh terdekat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau juga yakin kesemua pesawah memahami keadaan sebenar sekaligus dapat bersabar untuk menerima bekalan baja subsidi berkenaan.
"Jika ada yang membangkitkan isu baja subsidi ini sebenarnya ia sudah selesai, yang mana kini sebanyak 95 peratus telah diedarkan kepada pesawah.
Iklan
"Sekarang, sudah tidak ada masalah," katanya ketika ditemui selepas sesi orientasi murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak Nafas telah menyelesaikan isu kelewatan baja subsidi yang dialami pesawah sebelum ini.
Iklan
Menurutnya, sebelum ini, berlaku sedikit kelewatan baja subsidi untuk musim kedua penanaman padi disebabkan permohonan semula perlu dilakukan.
"Bagaimanapun, sekarang sudah 95 peratus diagihkan dan pesawah yang menerima memahami perkara itu dan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) turut memberitahu perkara sama iaitu sudah terima," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, pesawah tidak perlu risau mengenai bekalan baja subsidi untuk musim kedua penanaman padi itu.
Terdahulu, beliau turut menyaksikan sesi penyerahan tugas oleh mantan Guru Besar SK Alor Mengkudu,Shukri Ahmad kepada Guru Besar baharu, Zuraidah Borhan dari SK Kampung Bukit.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam