Pemuda UMNO tempelak Lian Ker pertikai Kongres Ekonomi Bumiputera

Iklan
Dr Akmal, Lian Ker

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menempelak Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker agar tidak bermain dengan isu perkauman demi kepentingan politik sendiri apabila mempertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera pada Januari depan.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kongres itu dijalankan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan diteruskan, sambil menegaskan ia langsung tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum-kaum lain.

Iklan
Iklan

"Pemuda UMNO tidak akan sama sekali berganjak pendirian mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara

"Dan jangan lupa, kamu dapat jawatan senator itu juga daripada Perdana Menteri yang datangnya dari orang Melayu. Cermin diri sendiri,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Lian Ker ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara meminta kerajaan tidak meneruskan program berkenaan sebaliknya menganjurkan kongres ekonomi yang menguntungkan keseluruhan rakyat.

Ujar bekas Naib Presiden MCA itu, sudah tiba masa Kongres Ekonomi Bumiputera tidak lagi ditunggang bagi meraih keuntungan politik atau dijadikan sebagai platform pihak oportunis mengambil kesempatan.

Iklan

Kata beliau, ia bukan langkah untuk menidakkan hak orang Melayu tetapi setelah lebih 50 tahun, negara masih lagi mengadakan majlis Kongres Ekonomi Bumiputera bersiri-siri yang gagal mencapai matlamat.

Sehubungan itu, Akmal menjelaskan, kongres berkenaan bertujuan untuk memberi penambahbaikan kepada ekonomi bumiputera termasuk Sabah, Sarawak dan Orang Asli yang mana ini adalah majoriti kaum di negara ini.

"Penambahbaikan ekonomi bumiputera tidak pernah mengambil hak kaum lain malah memberikan kebaikan kepada situasi negara ini secara keseluruhan.

"Malah kedudukan ekonomi bukan bumiputera masih lagi mengukuh di negara ini sejak dari dulu lagi,” katanya.