Polis kesan individu hina institusi diraja, agama

Iklan
Mior Faridalatrash

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang dipercayai memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan agama di satu status Facebook.

Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan berhubung laporan polis yang diterima.

Iklan
Iklan

"USJT sedang menjalan siasatan lanjut termasuk mengesan individu berkenaan,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki telah memuat naik satu komen di Facebook dan perkara itu mendapat reaksi daripada netizen.

Iklan

Netizen juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki yang dikatakan seorang kakitangan sebuah hotel di Melaka.

Komen lelaki berkenaan menyamakan institusi diraja setaraf dengan ketua kampung dan agama yang diasaskan penunggang unta dari padang pasir.

Iklan