PUTRAJAYA - Lebih 2,000 peserta mengambil bahagian dalam Agrikomoditi Walk 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang berlangsung di sini pada Sabtu.
Acara yang diadakan sempena Hari Agrikomoditi Negara (HAKN) 2023 itu dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut Fadillah, selain menggalakkan masyarakat khususnya warga kerja KPK terlibat dengan aktiviti sihat, program tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara warga kerja kementerian itu dengan orang awam.
"Program ini (Agrikomoditi Walk 2023) satu aktiviti yang sangat baik bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan dan keluarga, tetapi turut memupuk amalan sihat dalam kalangan lapisan masyarakat tanpa mengira usia serta latar belakang.
"Malah, melalui acara yang ini, ia turut memberi peluang kepada masyarakat mengenali KPK lebih dekat dari segi fungsi, perkhidmatan serta produk yang disediakan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan para peserta program itu di sini pada Sabtu.
Aktiviti Agrikomoditi Walk 2023 diadakan bersempena HAKN 2023 anjuran KPK yang dilancarkan Fadillah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini minggu lalu.

Agrikomoditi Walk 2023 memberi peluang kepada masyarakat mengenali KPK lebih dekat - Fadillah.