Karnival UDA 2023 catat jualan memberangsangkan

Iklan
Mohd Salem beramah mesra dengan seorang peserta Program Usahawan USHANiaga yang menyertai Karnival UDA@Perak 2023.

IPOH - UDA Holdings Berhad (UDA) yakin akan mencapai sasaran jualan RM10 juta dalam penganjuran Program Usahawan USHANiaga sempena Karnival UDA yang telah berlangsung di empat buah negeri bermula September lalu.

Keyakinan itu ditegaskan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany susulan daripada prestasi jualan RM7.8 juta yang telah dicapai dalam program tersebut di Johor, Pulau Pinang dan Sabah sehingga November lalu.

Iklan
Iklan

"Kali ini, kita adakan di Angsana Mall di Ipoh, Perak. Melihat kepada penyertaan dan jumlah jualan yang menggalakkan, kami yakin program ini mampu mencapai sasaran nilai jualan RM2.2 juta dengan lebih 150 usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival UDA@Perak 2023 di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Rohizan Omar dan Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Mohamed Rozlan Mohamad Razalli.

Dapur Kueh menyediakan kuih-muih yang dihasilkan Mohammad Al Haiqal (kiri) bersama rakan-rakan di Karnival UDA@Perak 2023 di Ipoh pada Sabtu.

Tambah Mohd Salem, penganjuran Karnival UDA@Perak 2023 yang turut melibatkan Program USHANiaga dan Kempen Hartanah UDA Ria itu akan berakhir pada Ahad.

Iklan

Momentum positif

Pada masa sama, beliau optimis untuk meneruskan momentum kejayaan penganjuran Karnival UDA pada tahun hadapan bergantung kepada kesediaan para usahawan dan pengunjung.

Malah, UDA katanya terus komited menggalakkan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar menerusi tawaran pelbagai produk hartanah kediaman dan komersial di seluruh negara.

Mohd Salem (tiga dari kiri) melawat pavilion Pameran Hartanah UDA Ria yang menampilkan produk-produk hartanah UDA di seluruh negara.

"Malah, Kempen Hartanah UDA Ria yang sebahagian daripada Karnival UDA di empat buah negeri sebelum ini (Johor, Pulau Pinang dan Sabah) telah mencatatkan jumlah jualan keseluruhan RM30.8 juta.

"Justeru, berharap Karnival UDA@Perak 2023 dapat mendekatkan lagi UDA dengan masyarakat setempat terutamanya komuniti di wilayah perniagaan UDA. Usaha ini diharap dapat memberikan impak positif kepada aktiviti keusahawanan, sekali gus meningkatkan sosioekonomi masyarakat," jelas beliau.

Produk hartanah

Dalam pada itu, Mohd Salem turut memaklumkan antara produk hartanah yang diketengahkan sempena penganjuran Karnival UDA pada tahun ini ialah Amaanee Residences dan Crescent Dew di Pulau Pinang serta 38 Bangsar Residensi dan Legasi Kampong Bharu di Kuala Lumpur.

Mohd Salem (kanan) menyampaikan sumbangan zakat UDA kepada Rohizan sempena Karnival UDA@Perak 2023 di Angsana Mall, Ipoh, Perak pada Sabtu.

Selain itu, turut ditawarkan ialah hartanah Dedaun Residensi di Selangor, UDA Heights, Pisonia Ville, Neuvo Centro dan Areca Terrace (Johor), Pelindung Heights (Pahang), Sarai (Terengganu) serta Neu Pendington di Sarawak.

Malah, pelanggan yang membeli hartanah UDA sepanjang Kempen Hartanah UDA Ria berpeluang menikmati pelbagai hadiah lumayan berjumlah hampir RM200,000 berupa pakej percutian, kad 'Touch n’ Go', baucar minyak, penginapan di AnCasa Hotels & Resorts serta hadiah utama iaitu kereta Perodua Ativa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Perkasa golongan asnaf

Dalam perkembangan lain, UDA turut berkolaborasi dengan MAIPk mewujudkan hab perniagaan untuk golongan asnaf di kompleks perniagaan UDA di Angsana Ipoh Mall pada Januari 2024.

Mohd Salem bergambar bersama wakil penerima sumbangan zakat UDA dan pelanggan setia hartanah UDA yang menerima cenderahati penghargaan.

Menurut Mohd Salem, ruang niaga premium yang disediakan itu dapat memacu hasil jualan produk para usahawan asnaf.

"Sebahagian kawasan penyewaan akan dikhususkan buat usahawan asnaf mempromosikan produk mereka. Golongan ini akan bersama dengan peniaga lain di pusat membeli belah serta dapat akses pasaran.

"Berdasarkan kajian, kita lihat usahawan ini takut menyewa lot-lot premium jadi dengan kerjasama ini beberapa inisiatif akan disediakan. Usahawan akan merasai manfaat dalam penjualan produk mereka,” ujarnya.