Noor Askuzaimey hadiahkan Malaysia pingat emas dari Hong Kong

Iklan
Noor Askuzaimey

ATLET para negara Noor Askuzaimey Mat Salim mengharumkan nama negara di Hong Kong pada Sabtu.

Noor Askuzaimey tampil cemerlang apabila berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Wilayah Asia-Oceania Boccia Dunia 2023.

Iklan
Iklan

Pada aksi final acara BC4 wanita itu, Noor Askuzaimey yang menghuni ranking ke-25 dunia, melakar kejutan ke wakil peserta Thailand Nuanchan Phonsila

Noor Askuzaimey menampilkan permainan menyakinkan untuk mengatasi lawan yang menduduki ranking kelapan dunia, 3-2 pada aksi yang di Pusat Sukan Ma On Shan.

Iklan

Wakil China Lin Ximei pula meraih gangsa, selepas menewaskan wakil tuan rumah Hong Kong Yuen Cheung, 3-2.

Kejohanan bermula Ahad lepas itu akan berakhir pada 12 Disember ini. - Bernama

Iklan