Asmaaliff umum tidak pertahan jawatan Pemuda Amanah WP

Iklan
Asmaalif

AMPANG - Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan (WP), Asmaaliff Abdul Adam mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi yang didudukinya sekarang.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat atas nasihat Ketua Pemuda Amanah Nasional, Hasbie Muda untuk menyatukan kembali salah faham yang berlaku antara Pemuda Amanah WP.

Iklan
Iklan

"Saya tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Pemuda WP pada pemilihan akan datang jika itu akan mempertautkan semula kita (ahli Pemuda Amanah WP).

"Tindakan saya ini, secara tidak langsung akan memberi peluang kepada muka baharu dengan idea yang lebih segar untuk menerajui Pemuda Amanah WP,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pemuda Amanah WP 2023 di Grand Barakah Hotel pada Sabtu.

Dianggarkan lebih 60 orang perwakilan menghadiri Konvensyen Pemuda Amanah WP 2023 di Grand Barakah Hotel pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, akhbar melaporkan pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah sesi 2023-2026 akan dilaksana serentak dengan penganjuran Konvensyen Nasional Amanah 2023 pada 22 hingga 24 Disember ini.

Dalam pada itu, Asmaaliff turut memberitahu bahawa pada pemilihan Amanah akan datang, beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Amanah Nasional.

Iklan

Menurutnya, sewaktu pemilihan 2019 beliau telah dicalonkan untuk bertanding jawatan tersebut namun menarik diri bagi memberi fokus kepada tanggungjawab sedia ada.

"Tujuan saya menawarkan diri bertanding jawatan AJK Pemuda WP adalah untuk memberi sumbangan yang lebih signifikan kepada parti.

"Saya berharap, saya diberi ruang untuk menyelesaikan perkara yang masih tertunggak terutamanya berkaitan penubuhan Belia Amanah WP,” ujarnya.