Suami isteri warga emas maut ditikam anak

Iklan
Keadaan di lokasi kejadian suami isteri ditikam anak di Kampung Sungai Penchala di sini, malam Sabtu.

KUALA LUMPUR - Suami isteri warga emas ditemui maut dipercayai ditikam anak lelaki dalam kejadian pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat pasangan berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.

"Saksi yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun, sumber berkata, sebaik pasukan polis tiba, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan tersebut.

"Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.