Liverpool bawa pulang tiga mata dari Selhurst Park

Iklan
Salah meraikan jaringan bersama Curtis Jones selepas meledak gol penyamaan untuk Liverpool di Selhurst Park. - Foto AFP

LIVERPOOL memanfaatkan sepenuhnya kekurangan Crystal Palace yang beraksi dengan 10 pemain pada penghujung separuh masa kedua untuk melakar kemenangan, 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, pada Sabtu.

The Eagles tampil lebih garang pada separuh masa kedua memimpin perlawanan menerusi jaringan Jean-Philippe Mateta pada minit ke-57.

Iklan
Iklan

Namun angkatan Jurgen Klopp mula agresif sebaik sahaja pemain sensasi pasukan tuan rumah, Jordan Ayew dilayangkan kad merah pada minit ke-75.

Penyerang, Mohamed Salah tampil lebih bertenaga apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-76 untuk mengikat permainan 1-1 bagi memulakan kebangkitan The Reds.

Iklan

Gol penyamaan itu ternyata membangkitkan semangat jentera serangan The Reds apabila tampil menggandakan asakan ke atas The Eagles.

Pemain muda Liverpool, Harvey Elliott yang masuk sebagai pemain gantian akhirnya memastikan kunjungan The Reds berakhir dengan kepulangan tiga mata dengan gol minit ke-91.

Iklan

Sebagai rekod, jaringan ke-14 Salah musim ini juga menyaksikan dia kini meledak gol ke-200 bersama Liverpool - pemain kelima menjaringkan 200 gol untuk Liverpool dalam semua pertandingan - selepas Ian Rush (346), Roger Hunt (285), Gordon Hodgson (241) dan Billy Liddell (228).