Vinicius, Camavinga mantapkan Real Madrid pada Januari

Iklan
Vinicius dan Camavinga dua tonggak berpengaruh Real Madrid. - Foto Agensi

PEMAIN Real Madrid, Vinicius Jr dan Eduardo Camavinga dijangka kembali menjalani latihan selepas cuti musim sejuk LaLiga berakhir pada Januari, kata pengurus Carlo Ancelotti.

Vinicius sebelum ini diketepikan kerana kecederaan hamstring dan tendonnya sejak bulan lalu, manakala pemain tengah, Camavinga terlepas tiga perlawanan liga terakhir Real akibat kecederaan ligamen di lutut kanannya.

Iklan
Iklan

"Vinicius dan Camavinga perlu menunggu sehingga 2024, tetapi saya fikir mereka akan bersedia untuk berlatih bersama kami pada penghujung rehat,” kata Ancelotti.

Ancelotti juga memberikan maklumat terkini mengenai pemain tengah, Jude Bellingham yang bermain dengan kecederaan bahu.

Iklan

"Bahunya adalah masalah yang perlu dia selesaikan dengan melakukan pemulihan tertentu. Ia bukan masalah besar, jadi dia masih boleh bermain, dan kami fikir isu itu akan bertambah baik setiap hari.

"Bahu adalah sendi yang sangat khusus, dan ada kemungkinan boleh menghadirkan masalah berterusan. Dia kemudian memerlukan pembedahan jika itu berlaku, tetapi buat masa ini kita boleh menolaknya,” kata Ancelotti.

Iklan