Cabaran Amanah raih sokongan Melayu
Iklan
PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendedahkan cabaran paling besar yang dihadapinya adalah mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dan mengubah sentimen pemikiran mereka yang melihat parti itu sebagai alat DAP.
Ujar beliau, sentimen negatif terhadap DAP dimasukkan dalam fikiran orang Melayu menyebabkan mereka beranggapan bahawa mana-mana parti yang bersahabat dengan parti berkenaan dianggap sebagai musuh Melayu dan Islam.