Ten Hag luah rasa kecewa

Iklan
Ten Hag. - Foto Agensi

NASIB Manchester United pada musim ini dilihat kian buruk setelah kalah di laman sendiri kepada Bournemouth 0-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam Sabtu.

The Reds Devils yang dibimbing Erik ten Hag mendaki ke tangga keenam ekoran enam kemenangan daripada lapan aksi EPL sebelum ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun aksi tidak konsisten kembali menghantui jurulatih berusia 53 tahun itu yang kian tertekan dan menjadi tumpuan ketika United mungkin tersingkir pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara minggu depan.

"Sebagai satu skuad, saya fikir kami tidak cukup bagus untuk bertindak konsisten. Kami perlu mengatasinya.

Iklan

"Saya terganggu dan amat kecewa," ujar ten Hag.

Dalam aksi itu, pasukan pelawat di depan pada minit kelima menerusi Dominic Solanke yang menyudahkan hantaran lintang Lewis Cook.

Iklan

Bournemouth kemudian menggandakan jaringan menerusi tandukan Philip Billing selepas menerima hantaran Marcus Tavernier pada minit ke-68.

Marco Senesi mengesahkan kemenangan bersejarah buat anak buah Andoni Iraola apabila menyumbat gol pada minit ke-73.