BUKIT MERTAJAM - Tindakan sekumpulan mat rempit yang menjadikan kawasan Lebuh Raya Utara Selatan di Samagagah, Seberang Jaya di sini sebagai 'litar' untuk beradu kelajuan mengundang padah selepas mereka ditahan dalam Ops Khas Samseng Jalanan pada malam Sabtu.
Operasi bermula jam 12 tengah malam itu dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT).