13 pelatih Puspen Gambang larikan diri

Iklan
Gambar pelatih yang melarikan diri dari Puspen Gambang di sini, awal pagi tadi.

KUANTAN - Polis Kuantan kini mengesan 13 penghuni asrama induksi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Gambang yang melarikan dari pusat berkenaan, awal pagi tadi.

Kehilangan mereka disedari kakitangan bertugas kira-kira jam 5.30 pagi selepas tiada di asrama ketika sesi roll call.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, kesemua pelatih berusia 19 hingga 25 tahun itu dipercayai melarikan diri pada jam 2 pagi sebelum kehilangan mereka disedari hampir tiga jam kemudian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati, pelatih berkenaan telah merancang untuk melarikan diri berdasarkan penemuan lakaran kedudukan asrama dan pagar serta laluan di kawasan itu.

Iklan

Beliau berkata, siasatan juga mendapati, salah seorang daripada mereka disyaki perancang utama kejadian itu.

"Pelatih yang melarikan diri dikenal pasti sebagai Mohd Faiz Aizat Zulkifli, 23, Muhammad Shafiq Ikmal Abdullah, 22, Muhammad Hazuraidi Hashim, 24,Mohd Arif Asyraf Sudin,24, Ahmad Asmani Rosdi,21, Muhamad Shafiq Adha Ali, 23, Mohamad Sharizal Norizan, 25 dan Muhammad Shahrul Nizam Pauzi, 21.

Iklan

"Turut lolos, Muhammad Zaharul Haffiz Mohd Harun, 24, Mohamad Aliff Norazlie, 23, Muhammad Ridzuan Abdullah, 23, Muhammad Amirul Shazwan Mohd Zain, 19 dan Muhammad Fathi Syahmi Zakaria, 20,"katanya.

Mohd Noor berkata, operasi mengesan pelatih berkenaan digerakkan melalui Ops Kesan melibatkan pelbagai agensi berkaitan termasuk polis, pihak Puspen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sektor pencarian yang ditetapkan sekitar daerah ini.