PM bukan Melayu: Kit Siang tidak belajar daripada sejarah

Iklan
Lim Kit Siang

ALOR SETAR - Kenyataan kontroversi veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri membuatkan banyak hati terluka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan berkata, veteran politik itu dilihat tidak pernah belajar daripada sejarah, apatah lagi menghormati hubungan sesama rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Datuk Hasmuni Hassan

Iklan
Iklan

Menurutnya, ucapan 'Impian Malaysia' yang dibuat di Manchester, England pada hujung November lalu sangat menggores perasaan orang-orang Melayu di tanah air.

"Kit Siang mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri dan dengan sinis juga dia menyebut bahawa Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Iklan

"Sungguh pun Perlembagaan Persekutuan itu begitu, kenyataan Lim Kit Siang ternyata telah mengguris perasaan orang-orang Melayu dan saya berasa amat wajar dia dikecam dan kita marah atas kenyataan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hasmuni berkata lagi, Kit Siang tidak pernah belajar daripada sejarah dan meski pun DAP berada dalam pakatan Kerajaan Perpaduan masa kini, beliau masih lagi menunjukkan kebebalan dan sikap rasis DAP.

Iklan

Jelasnya, dalam negara yang majoritinya adalah orang Melayu, Kit Siang amat tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Sekali lagi Kit Siang menyalakan api untuk membakar 'jambatan perpaduan' selepas Tony Pua juga bermain api dengan kenyataan yang tidak baik beberapa bulan lalu.

"Kami marah kerana Kit Siang nampaknya tidak sudah-sudah untuk"menjadi Perdana Menteri” meski pun dia tentunya tahu bahawa menghormati Kerajaan Perpaduan hari ini adalah lebih utama," ujar beliau lagi.

Khamis lalu, media melaporkan Kit Siang mengesahkan akan memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung satu kenyataan dikeluarkannya di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu.

Menurutnya, kenyataan berkaitan 'Impian Malaysia' itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di sana.