Sokong beri ganjaran kepada pemandu berhemah

Iklan
Anthony (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai Perodua sewaktu melawat pameran Perodua di KLIMS18, hari ini

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan menyokong usaha Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membangunkan aplikasi menawarkan ganjaran kepada pemandu berhemah.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam meningkatkan kesedaran kepentingan pemanduan berhemah.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan oleh Petronas sedang membangunkan aplikasi untuk memberikan ganjaran kepada pemandu berhemah yang akan mula diperkenalkan menjelang tahun hadapan.

"Aplikasi itu akan menentukan prestasi pemanduan seseorang itu dikategorikan sebagai pemandu berhemah atau sebaliknya.

Iklan

"Pemandu yang melepasi markah ujian ditetapkan layak menerima rebat petrol atau diskaun tol," katanya selepas merasmikan pembukaan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini.

Hadir sama Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad.

Iklan

Anthony sebelum ini turut memaklumkan sedang mempertimbangkan pemberian diskaun bayaran insurans kepada pemandu berhemah menjelang tahun hadapan.

Dalam ucapan perasmiannya, dijangka 31 juta rakyat Malaysia akan menggunakan kenderaan menjelang 2030.

"Kami sentiasa meningkatkan kempen penggunaan pengangkutan namun tidak menyekat pengguna untuk memiliki kenderaan sendiri.

"Kita tidak boleh menghalang pengguna untuk membeli kereta jika mereka berkemampuan. Peningkatan kenderaan itu tidak bertentangan dengan polisi kerajaan dalam menggalakkan kenderaan awam," katanya.