Krisis ketika Covid-19 jadi inspirasi hasilkan buku ’PKP’

Iklan
Afyan (kiri) ketika sesi temu mesra di reruai Grup Buku Karangkraf (GBK) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

SHAH ALAM - Krisis politik, ekonomi dan kesihatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 menjadi inspirasi tercetusnya penghasilan buku Poket Kian Pokai?, Poket Kena Penuh! terbitan Karya Bestari.

Penulis, Afyan Mat Rawi berkata, tiga krisis utama yang melanda negara secara serentak pada penghujung 2020 lalu memberi impak hebat terhadap rakyat sehinggakan beliau terpanggil untuk berkongsi tip pengurusan kewangan dan misi bebas hutang terutamanya buat golongan B40 serta pasangan baru berkahwin.

Iklan
Iklan

Perunding kewangan itu berpendapat, sekiranya berlaku krisis ekonomi pada tahun mendatang, orang ramai yang menelaah nukilannya mungkin sudah mempunyai persediaan lengkap dari segi pengurusan wang dan pelaburan serta mampu mengatasinya dengan lebih baik.

Pengunjung sedang menelaah buku di reruai Karangkraf di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 pada Ahad.

"Buku ini khusus buat mereka yang mahu ilmu kewangan dan tip lunaskan hutang lapuk, saya turut kongsikan langkah pertama untuk melabur supaya orang ramai berhati-hati dalam memilih platform pelaburan.

Iklan

"Katakanlah seseorang itu tak ada masalah kewangan tapi nak tiba-tiba nak cuba melabur dalam pelaburan emas, skim mata wang kripto, hartanah atau sebagainya, ia sangat berisiko sebab tiada ilmu.

"Sama juga dengan mereka yang baru mendirikan rumah tangga, ada disediakan tip untuk merancang beli rumah pertama dan pengurusan kewangan anak-anak serta bagaimana menghadapi pencen umur 60 tahun, semua ini penting dalam hidup,” katanya pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sesi temu mesra penulis di reruai Grup Buku Karangkraf (GBK) Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli-belah pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023.

Ditanya mengenai bentuk pelaburan yang sesuai buat kategori B40, Afyan berpandangan, golongan berkenaan perlu memantapkan ilmu pengetahuan dalam bahagian yang ingin difokuskan dengan cara membeli buku atau menghadiri seminar dan bengkel pengurusan kewangan.

"Saya berani katakan sekiranya golongan B40 berjaya amalkan ilmu yang sama seperti T20, mereka akan dapat tingkatkan taraf kehidupan kepada sekurang-kurangnya M40,” ujarnya.

Kata beliau lagi, buku Poket Kian Pokai?, Poket Kena Penuh! turut menjelaskan teknik menghadap scammer menawarkan pelaburan tidak masuk akal yang semakin berleluasa 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan'.

Tambahnya, pelaburan itu bergantung kepada jenis tawaran yang dibuat kerana jika seseorang dijanjikan pulangan amaun melebihi deposit, maka jelas penipuan secara dalam talian.

"Kalau letak deposit RM1000 boleh dapat pulangan RM6000 dalam masa sehari memang tak logik, jika benar ada skim sebegitu, sepatutnya agensi-agensi besar dalam negara buat pelaburan dengan scammer, bukannya orang awam,” ulas Afyan.