Pengundian pilihan raya Presiden Mesir bermula

Iklan
Seorang wanita membuang undi untuk pilihan raya presiden di pusat mengundi di Kaherah, Mesir pada Ahad - Foto: AP

KAHERAH - Proses pengundian untuk pilihan raya presiden Mesir bermula pada jam 9 pagi waktu tempatan (0700 GMT) pada Ahad, menyaksikan empat calon bertanding, termasuk penyandang Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, lapor Xinhua.

Pengundian berlangsung dari 10 Disember hingga 12 Disember dengan tempoh 12 jam diberikan untuk mengundi pada hari yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Pengundi Mesir di luar negara sebelum ini telah mengundi dari 1 hingga 3 Disember lalu.

Kira-kira 67 juta rakyat Mesir layak mengundi di lebih 9,000 pusat mengundi di seluruh negara.

Iklan

Sisi yang bertanding untuk penggal ketiga telah dipilih sebagai presiden pada 2014 dan dipilih semula pada 2018 untuk penggal kedua, kedua-duanya dengan majoriti besar.

Tiga lagi calon presiden ialah Farid Zahran dari Parti Sosial Demokrat; Abdel Sanad Yamama dari Parti Al-Wafd Mesir dan Hazem Omar calon Parti Rakyat Republikan.

Iklan

Keputusan pilihan raya dijadual diumumkan pada 18 Disember jika tiada keperluan untuk pusingan kedua. - Bernama