Kempen Zara dikritik susulan didakwa sindir genosid di Palestin

Iklan
Gambar koleksi yang mencetuskan kontroversi. Gambar ini kemudiannya dipadam oleh Zara. - Foto ihsan majalah Lifestyle, Zara

SHAH ALAM - Kempen koleksi terbaharu syarikat label fesyen terkemuka, Zara yang dilancarkan pada Ahad, mengundang kemarahan dan kritikan ramai susulan didakwa menyindir genosid di Palestin.

Kempen yang diberi nama 'The Jacket' itu merupakan koleksi pakaian edisi terhad yang dilancarkan oleh syarikat yang berasal dari Sepanyol itu.

Iklan
Iklan

Menerusi paparan pada siri gambar kempen berkenaan, model yang menggayakan koleksi Zara Atelier itu, iaitu Kristen McMenamy dilihat mengusung patung manikin berbalut kain putih manakala pada gambar yang seterusnya seorang model berdiri dalam kotak kayu.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa 'perjalanan' koleksi foto itu diinspirasikan daripada kemusnahan yang berlaku di Palestin akibat perang yang meletus baru-baru ini.

Iklan

Menerusi pemerhatian Sinar Harian di laman rasmi Zara mendapati, ruangan komen syarikat berkenaan telah dibanjiri kritikan ramai.

Antaranya Chahrazadscuisine yang mengatakan tindakan itu sebagai satu provokasi daripada Zara.

Iklan

"Ia sesuatu yang amat memalukan," katanya.

Sementara menurut tanya_raza, apa yang dilakukan oleh Zara merupakan satu 'kempen yang sakit'.

"Ini amat meloyakan, adakah anda sakit dengan menjadikan kempen genosid sebagai satu bahan kempen anda?" soalnya.

Manakala menurut daliaragheb pula, kempen Zara itu langsung tidak menunjukan sifat empati kepada mangsa perang.

"Mempersendakan tragedi pembunuhan beramai-ramai termasuk bayi dan kanak-kanak ini bukan nilai seni artistik, sebaliknya ia sesuatu yang sangat kejam," komentarnya.

Selepas mendapat kritikan ramai, Zara telah memadam gambar tersebut, namun gambar-gambar lain daripada kempen tersebut masih ada di laman sosial rasmi mereka.

Ini bukan insiden pertama kontoversi membabitkan Zara sebelum ini apabila label fesyen terkemuka itu menjadi sasaran kemarahan selepas seorang perekanya didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk retorik anti-Palestin.

Vanessa Perilman, Ketua Pereka Fesyen (wanita) Zara didakwa membuat komen kontroversi itu dalam mesej balasan terhadap entri pro-Palestin yang dimuat naik seorang model hinggakan mendatangkan kecaman ramai.