Bayi kembar tidak kenal bapa sendiri selepas cukur rambut

Iklan
Normoyle (kiri) mengejutkan emosi bayi kembarnya selepas mencukur kepala dan janggutnya sehingga mereka gagal mengecamnya. - Foto Agensi

OHIO - Gara-gara mencukur janggut dan rambut, sepasang bayi kembar di Ohio, Amerika Syarikat (AS), hampir tidak mengenali bapa sendiri dan menyangka lelaki yang duduk di hadapan mereka adalah individu lain.

Video yang tular di X, memperlihatkan sepasang kembar, Lydia dan Hadley duduk atas sofa sambil merenung tajam bapanya, Jonathan Normoyle yang sebelum ini menyimpan janggut dan rambut panjang,

Iklan
Iklan

Video berdurasi 37 saat turut menunjukkan wajah keliru kembar itu dan enggan menghulurkan tangan selepas disapa bapa mereka yang mengubah imej menjadi lelaki botak.

"Hai, apa yang anda sedang lakukan, tanya Normoyle kepada anaknya yang masih keliru dengan lelaki di hadapan mereka.

Iklan

Namun, salah seorang kembar itu, Lydia seperti hendak menangis selepas ditegur 'lelaki asing' manakala Hadley seperti mendepa tangannya seolah-oleh melindungi adiknya diambil lelaki tidak mereka kenali itu.

Selepas, beberapa minit mengecam suara dan dipujuk bapanya, mereka akhirnya mengenalpasti bahawa itu adalah bapa mereka sebelum memeluknya.

Iklan

"Mereka mempunyai ikatan yang rapat apabila seperti menghalang pasangannya menjauhi orang tidak dikenali mereka," kata Allyson kepada Today Parents.

Sejak disiarkan di platform X, video itu telah mendapat 45,000 tontonan dan ribuan pelbagai komen lucu yang antaranya pernah mempunyai pengalaman hampir sama dengan kisah itu. - Agensi