Warisan purba Gaza musnah

Iklan
Masjid Besar Qomari. - Agensi

GAZA CITY - Sejak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober lalu di Genting Gaza, ia telah mengorbankan lebih 17,400 orang awam termasuk kanak-kanak, selain memusnahkan ribuan kediaman di wilayah enklaf itu.

Terdapat juga kerugian ‘tidak dapat diganti’ terhadap warisan budaya purba yang penting di rantau ini selepas serangan darat dan udara Israel berterusan ke atas penduduk awam serta pejuang Hamas.

Iklan
Iklan

Genting Gaza merupakan hab perdagangan dan budaya di bawah pemerintahan Mesir, Yunani, Rom serta Byzantine yang kekal berpengaruh selama berabad-abad.

Namun, tinjauan baru-baru ini oleh kumpulan Heritage for Peace telah memperincikan lebih 100 mercu tanda di Gaza mengalami kerosakan atau musnah sepenuhnya.

Iklan

Berikut adalah antara bangunan warisan yang terjejas akibat konflik Hamas-Israel.

1. Masjid Besar Omari

Iklan

Masjid Besar Omari yang dianggap tempat beribadat terbesar dan tertua di Gaza City ranap akibat serangan udara serta darat tentera Zionis sejak 7 Oktober lalu.

Tiang dan kubah yang menyokong keseluruhan bangunan dilaporkan telah hancur berkecai selepas menjadi sasaran bom oleh Israel di seluruh Gaza. Masjid yang dibina pada abad ketujuh itu adalah bekas gereja dan diubah menjadi tempat ibadat umat Islam sehingga hari ini.

Menara masjid tersebut pernah rosak teruk selepas pengeboman British pada 1925 dan ia dipulihkan kembali oleh Majlis Tertinggi Islam.

2. Pelabuhan Anthedon

Pelabuhan Anthedon. - Agensi

Anthedon adalah pelabuhan pertama Gaza dan ia pernah disebut dalam kesusasteraan Islam dengan nama Tida, tidak terkecuali dibom tentera Zionis dalam konflik sejak 7 Oktober lalu.

Pelabuhan yang pernah berkembang maju itu dianggap salah sebuah monumen arkeologi paling luar biasa di Gaza dan disenaraikan dalam Senarai Warisan Islam dan Warisan Dunia Awal.

3. Muzium Rafah

Muzium Rafah. - Agensi

Muzium Rafah yang menjaga warisan sejarah pelbagai lapisan masyarakat di Palestin turut dibom tentera Israel di Gaza, baru-baru ini.

Terdapat pelbagai barangan bernilai tinggi seperti syiling, batu berharga, pinggan tembaga, pakaian dan buku-buku yang dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan berkenaan.

Selain muzium itu, Muzium Al-Qarara dan Muzium Khan Yunis turut menerima nasib sama selepas runtuh sepenuhnya akibat dibom dalam konflik tersebut.

4. Gereja Saint Porphyrius

Gereja Gereja Saint Porphyrius. - Agensi

Gereja Saint Porphyrius yang dibina pada 1150 merupakan gereja tertua yang masih digunakan di Gaza.

Ia terletak di kawasan kejiranan bersejarah di Gaza City dan pernah menawarkan tempat perlindungan kepada orang ramai sejak beberapa generasi.

Namun, baru-baru ini jet pejuang Israel membedil gereja tersebut dan menyebabkan penduduk yang berlindung di dalamnya turut terkorban.