'Kalau ibu mahu bersalin mungkin 'terberanak' di jalan' - Wanita PKR Sabah

Iklan
Nurul Izzah (kanan) ketika menjawab pada sesi soal jawab pada majlis minum petang bersama bersama Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar diminta menyampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu yang dihadapi rakyat Sabah melibatkan kekurangan infrastruktur terutama di kawasan pedalaman di negeri ini.

Ketua Penerangan Wanita PKR Sabah, Junaidah Makku berkata, masalah infrastruktur di negeri ini telah banyak ditularkan di media sosial namun tiada tindakan daripada pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

"Seperti kita maklum bahawa isu infrastruktur seperti jalan raya sangat viral jadi kalau boleh Yang Berhormat (YB) Nurul Izzah dan semua pimpinan bawa suara kami di daerah Sipitang untuk disampaikan kepada Perdana Menteri untuk melihat jalan raya daripada Pantai Maligan sejauh 40.11 kilometer dan juga Jalan Maligan ke Long Pasia sejauh 42 kilometer.

"Kita sudah berada di sana selama 20 tahun di mana terdapat lapan kampung tetapi belum ada kemajuan.

​​​​​"Jalan ini adalah laluan lori balak tetapi digunakan oleh penduduk termasuk ambulans dan ia sukar untuk sampai ke Pekan Sipitang (laluan tidak berturap) selain memakan masa sehingga lapan jam perjalanan. Kalau ibu mahu bersalin mungkin 'terberanak' di jalan," katanya dalam sesi soal jawab ketika majlis minum petang bersama bersama Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah di sini pada Ahad.

Iklan

Sehubungan itu, Junaidah berkata, walaupun parti mereka sudah menjadi kerajaan kini tetapi tetap dipersalahkan walaupun isu masalah infrastruktur telah lama berlaku.

"Saya pun sebagai Pemaju Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, kita sebenarnya disalahkan terus oleh rakyat. Kita kerajaan sekarang ini, jadi saya harap pimpinan mengambil tanggungjawab ini bawa ke peringkat pusat," katanya.

Nurul Izzah (tengah) ketika menjawab pada sesi soal jawab pada majlis minum petang bersama bersama Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah di Kota Kinabalu.

Iklan

Sementara itu, Nurul Izzah dalam menjawab isu berkenaan berkata, pihaknya konsisten melaksanaan pelbagai program sejak berada di posisi pembangkang.

"Isu jalan raya saya rekodkan memang setiap kilometer kosnya tinggi tetapi saya setuju (cadangan). Antara program kami buat semasa pembangkang kita buat ujian kanser saringan serviks dan kita kumpul semua untuk bantu.

"Dalam hal ini memang Insya-ALLAH, kita konsisten pastikan siapa nak memerlukan capaian kepada hospital khidmat perubatan diutamakan dan ini adalah kerajaan dari awal nak basmi kemiskinan pada tahun pertama, jadi saya mohon beri maklumat untuk lebih mudah kita bawakan kepada peringkar atasan," katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew dan Ketua PKR cabang Sepanggar, Peto Galim.