GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata"tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud" ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.
Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO, di mana satu resolusi diterima pakai, menegaskan bahawa"semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan."