Pertuduhan terhadap Stampa, permulaan keadilan buat rakyat Malaysia

Iklan
AZALINA

KUALA LUMPUR - Pertuduhan jenayah ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa, yang bertanggungjawab atas penipuan dinamakan 'Anugerah Sulu' sebanyak AS$14.9 bilion di Mahkamah Jenayah Madrid, Sepanyol pada Isnin adalah permulaan keadilan kepada 32 juta rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu penting bagi rakyat Malaysia yang mempunyai penuh kepercayaan terhadap sistem keadilan Sepanyol.

Iklan
Iklan

Azalina berkata, Stampa berdepan tuduhan jenayah menghina Mahkamah yang serius dan bagi amalan profesional tanpa kelayakan, yang dibawa Pejabat Pendakwa Raya Sepanyol dan Malaysia kerana beliau secara terbuka dan dengan sengaja mengingkari beberapa perintah yang mengikat daripada Mahkamah Tinggi Madrid.

"Stampa sudah diberitahu berkali-kali bahawa pelantikannya sebagai penimbang tara dibatalkan, namun masih memutuskan untuk mengisytiharkan anugerah timbang tara selepas memindahkan timbang tara itu ke Paris.

Iklan

"Beliau dibayar lebih AS$2.5 juta untuk keputusan ini. Tindakannya adalah tanpa duluan dalam sistem timbang tara antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Stampa dinamakan sebagai defendan dalam prosiding jenayah di Sepanyol yang dibawa Pejabat Pendakwa Raya negara itu dan Malaysia, dan akan berdepan pertuduhan menghina mahkamah dan amalan profesion tanpa kelayakan.

Iklan

Mahkamah Tinggi Sepanyol sebelum ini mengisytiharkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan memerintahkannya untuk menamatkan prosiding kerana satu-satunya hak beliau untuk bertindak sebagai penimbang tara adalah terbatal.

Stampa yang memperoleh lebih AS$2.5 juta daripada kumpulan mengaku waris Sulu (dibiayai oleh pembiaya litigasi, Therium), dengan sedar enggan mematuhi perintah itu.

Mahkamah di Perancis dan Belanda pula mengisytiharkan pada Jun lalu bahawa Malaysia tidak pernah setuju perkara itu dibawa kepada timbang tara, dan justeru, timbang tara palsu tidak sepatutnya berlaku.