SPRM di bawah Agong elak tohmahan jadi alat politik - MCW

Iklan
Jais

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kuasa autonomi penuh terutama hal berkaitan kewangan, pelantikan dan pemecatan ketua pesuruhjaya atau pegawai serta diiktiraf sebagai badan perlembagaan sendiri di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, cadangan lengkap daripada pihaknya itu bagi memupuk keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan dan menghapuskan pandangan bahawa akan berlaku situasi ‘berat sebelah’ kepada kerajaan semasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ‘Rule of Law’ atau Kedaulatan Undang-Undang yang sebenarnya mesti dipatuhi dan ditegakkan.

"MCW dan rakyat secara keseluruhannya mempunyai persepsi bahawa SPRM di bawah Yang di-Pertuan Agong akan beri impak positif.

Iklan

"Hal ini kerana banyak insiden dalam negara yang kelihatan seolah-olah parti pembangkang kerap kali menjadi ‘mangsa’ dan SPRM sering dituduh terikat dengan kerajaan semasa.

"Melalui cara ini juga tohmahan SPRM menjadi alat politik dapat dielakkan malah mampu meningkatkan kebebasannya dan menjadi lebih telus sehingga boleh meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau mengulas kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu memberikan tumpuan terhadap menghentikan amalan rasuah dalam negara apabila baginda memikul tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 kelak.

Sultan Ibrahim turut mencadangkan agar SPRM melaporkan rasuah atau korupsi secara terus kepada Yang di-Pertuan Agong, bukannya Parlimen seperti sekarang.

Mengulas lanjut, Jais memaklumkan, pelbagai pihak termasuk MCW selalu mencadangkan agar pelantikan ketua-ketua agensi kerajaan wajib ditemu duga dan dipilih oleh kesemua ahli Parlimen melalui satu proses khas dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong atau diletakkan terus di bawah kuasa baginda.

"Pada Julai 2018, kerajaan pada ketika itu telah mengumumkan sembilan buah agensi termasuk SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara (AGC) diletakkan langsung di bawah Parlimen kerana rombakan besar-besaran di Jabatan Perdana Menteri (JPM), namun ia jelas kelihatan tidak berlaku," ujarnya.