CyberSecurity keluar amaran insiden peningkatan ketirisan data peribadi

Iklan
Ketirisan tersebut mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang merangkumi nama penuh, alamat tetap, pendapatan isi rumah, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, atau nombor telefon mangsa. - Foto: FB CyberSecurity Malaysia

KUALA LUMPUR - CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya di laman web tertutup (dark web) dari Januari hingga November tahun ini.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan peningkatan tersebut mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang merangkumi nama penuh, alamat tetap, pendapatan isi rumah, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, atau nombor telefon mangsa.

Iklan
Iklan

"Ketirisan data ini membahayakan organisasi yang bertanggungjawab terhadap PII dan pemilik maklumat peribadi,” menurut kenyataan itu.

CyberSecurity Malaysia berkata, perlindungan data peribadi serta data sensitif adalah satu keperluan bukan hanya berasaskan undang-undang atau etika, namun juga bertujuan untuk menjaga kepentingan privasi dan peribadi serta reputasi perniagaan.

Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan organisasi perlu bertanggungjawab dalam mencegah insiden itu dan mengendalikan insiden pendedahan data dengan sewajarnya, selain mematuhi amalan keselamatan terkini, mengenali impak potensi, dan mengambil langkah untuk melindungi data serta mengemas kini sistem secara berkala.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details. - Bernama

Iklan