Kapal persiaran sedang dibaiki musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba sedang giat memadamkan kebakaran kapal persiaran yang terbakar ketika sedang dibaiki. Gambar kanan: Kapal persiaran tersebut musnah hampir 70 peratus akibat kebakaran di Limbongan Batu Maung, Bayan Lepas.

GEORGE TOWN - Sebuah kapal persiaran yang sedang dibaiki musnah dalam satu kejadian kebakaran di Limbongan Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini pada petang Isnin.

Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Pegawai Bomba Kanan II, Rohaizal Abdul Aziz berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.44 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kebakaran menyebabkan hampir 70 peratus kapal tersebut musnah.

"Kebakaran melibatkan keseluruhan kapal dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah sebanyak 70 peratus.

Iklan

"Kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan dibantu balai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, operasi pemadaman kebakaran turut mendapat bantuan daripada BBP Jalan Perak dan Seri Balik Pulau.

Iklan

"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut. Punca dan kerugian belum diketahui, ia masih dalam siasatan," katanya.