PKR kecam tindakan AS guna kuasa veto tolak gencatan senjata di Gaza

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan kekecewaan atas keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.

Timbalan ketua Penerangannya, Razeef Rakimin berkata, dengan angka korban rakyat Palestin menjangkau lebih 17,000 orang, AS memilih untuk membuat keputusan tidak wajar itu walaupun 13 negara menyokong resolusi ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekutu rapat AS, United Kingdom (UK) sendiri memilih untuk berkecuali yang akhirnya membuktikan AS satu-satunya negara yang ingin meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

"Alasan bahawa Israel mempertahankan diri juga tidak masuk akal. Mereka mempertahankan diri dari apa?

Iklan

Jelasnya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu merapatkan hubungan dengan China dan Rusia sebagai kuasa besar dunia bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.

"Melalui kenyataan China yang berang apabila bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin tersekat akibat pintu Rafah ditutup, kerjasama ini pastinya mampu menyegerakan pembukaan pintu Rafah agar semua bantuan kemanusiaan dapat disegerakan,” katanya.

Iklan

Razeef berkata, PKR turut mendesak supaya reformasi perlu dilakukan segera pada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dengan memansuhkan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB agar setiap keputusan yang dibuat adalah adil dan tidak ada satu pihak lebih berkuasa daripada pihak yang lain.

"Saya juga meminta rakyat Malaysia untuk terus menyuarakan isu Palestin termasuk menggunakan media sosial bagi menyuarakan bantahan pembunuhan beramai-ramai ini.

"Isu ini tidak patut reda di negara ini ketika hampir setiap hari rakyat di negara-negara Eropah turun ke jalan raya membantah keganasan tentera zionis Israel,” katanya.