Istiadat angkat sumpah Menteri Persekutuan dijadual esok - Sumber

Iklan
Istana Negara.

KUALA LUMPUR - Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung esok di Istana Negara pada 2.30 petang.

Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.

Iklan
Iklan

Pada 1 Disember lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Ketika ini, terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Iklan

Jawatan itu kini dipangku Datuk Armizan Mohd Ali yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas). - Bernama.

Iklan