SHAH ALAM - Kebajikan dan kesejahteraan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa telah dipinggirkan selepas dianggap sebagai konglomerat oleh pengurusan tertingginya.
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berkata, jika pemikiran pengurusan tertinggi terus menghala ke arah korporat, ia menyebabkan asas penubuhan dan matlamat asal Felda tidak lagi dilihat penting.
Iklan
Iklan
"Kerajaan Perpaduan dan pengerusi baharunya belum kesempatan lagi untuk memahami permasalahan baharu empat tahun Felda dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Isnin.
Shahir yang juga veteran UMNO itu berkata, pengurusan tertinggi Felda pula tidak boleh membantu kerana mereka melihat Felda sebagai sebuah korporat konglomerat dan bukan lagi sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab sosio-ekonomi.
"Felda dianggap oleh pengurusan tertingginya sebagai sebuah konglomerat korporat kerana menguasai dua buah Syarikat Senaraian Awam (PLC) - FGV Holdings Bhd (FGV) dan Encorp Bhd dan dipinggirkan kebajikan serta kesejahteraan warga Felda.
"Kalau pemikiran pengurusan tertinggi sudah terhala ke arah korporat, asas penubuhan dan matlamat asal Felda tidak menjadi penting,” ujarnya.
Artikel Berkaitan