Anjing liar berkeliaran sudah ditangkap

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan seorang pelajar dikejar anjing liar.

PONTIAN - Kehadiran anjing liar di Pekan Kayu Ara Pasong di sini mengundang keresahan orang ramai yang bimbang dengan keselamatan mereka lebih-lebih pelajar sekolah.

Lebih merisaukan, video tular berdurasi 25 saat memaparkan kumpulan anjing liar mengganggu seorang pelajar sekolah yang berbasikal di kawasan pekan berkenaan.

Iklan
Iklan

Seorang peniaga roti canai, Suzuli Saien, 50, berkata, dia melihat sendiri anjing-anjing tersebut mengejar pelajar terbabit, tetapi pelajar itu mengayuh dengan laju untuk mengelakkan digigit anjing.

"Sebelum ini tiada pihak yang merakamkan kehadiran anjing-anjing liar itu, namun seorang peniaga telah mengambil inisiatif merakam video mengenai kebimbangan peniaga di pekan ini," jelasnya.

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan berkata, aduan mengenai gangguan anjing liar itu telah dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Pontian (MPPn).

"Aduan yang dikemukakan mendapat perhatian segera daripada MPPn dan saya dimaklumkan ada anjing liar telah ditangkap.

Iklan

"Saya juga meminta agar pemantauan berterusan dilakukan kerana bimbang dengan ancaman anjing liar di kawasan pekan yang boleh menggugat keselamatan penduduk," katanya.