KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam percakapan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, bagi membantu siasatan berhubung kandungan penulisan dimuat naik dalam sebuah blog yang menyentuh isu perlembagaan berkaitan pelantikan Perdana Menteri.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman akan melaksanakan proses rakaman percakapan itu.