Arah mana dasar luar negara?
Iklan
PORTAL rasmi Kementerian Luar Negeri menyatakan sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia komited dalam mewujudkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran melalui hubungan pelbagai hala.
Sumbangan Malaysia dalam operasi pengaman di bawah PBB adalah testimoni dedikasi negara melaksanakan mandat daripada masyarakat antarabangsa bagi mewujudkan keamanan dan keselamatan global.