Pas dakwa Syed Abu Hussin keluar kenyataan karut untuk raih perhatian
Iklan
SHAH ALAM - Dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa ada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang akan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dalam masa terdekat hanya untuk menarik perhatian pemimpin kerajaan.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau percaya ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sengaja membuat kenyataan tersebut.