Zara melampau! Gambarkan kempen genosid Gaza undang kecaman

Iklan
Kempen 'The Jacket' secara terang-terangan menggambarkan genosid di Genting Gaza. - Foto Agensi

MADRID - Peruncit pakaian dan aksesori dari Sepanyol, Zara dihambat dengan kontroversi gara-gara melancarkan kempen 'The Jacket' yang didakwa menggambarkan kempen genosid di Genting Gaza.

Jenama yang diasaskan Amancio Ortega dan Rosalía Mera pada 1975 itu mendakwa kempen tersebut kononnya mahu mengetengahkan kepelbagaian dan memfokuskan rekaan pakaian tersebut.

Iklan
Iklan

Menerusi gambar dikongsi di akaun media sosial mereka, ia dengan jelas memaparkan patung hilang anggota tubuh dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan selain boneka pakaian dibalut dengan kain putih.

Boneka pakaian dibalut kain putih dianggap idea melampau oleh pengguna media sosial. - Foto Agensi

Pengguna media sosial bagaimanapun berang dengan imej kempen sedemikian yang disifatkan tidak menjaga sensitiviti terhadap penderitaan berterusan penduduk Palestin yang masih dihujani peluru rejim Zionis.

Iklan

Kebanyakan pengguna turut menggesa tindakan boikot ke atas Zara dan menuntut akauntabiliti kerana menyinggung perasaan penduduk Gaza.

"Saya terkejut melihat idea rekaan sebegini. Boikot Zara seumur hidup. Anda sememangnya berhati iblis.

Iklan

"Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat," kata seorang individu mewakili sentimen majoriti pengguna media sosial yang menzahirkan rasa marah kerana kempen keterlaluan tersebut. - Agensi

Zara didakwa tidak peka dengan penderitaan yang sedang dialami penduduk Gaza. - Foto: Agensi