LZS hulur bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran

Iklan
Wakil LZS menyalurkan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga yang terjejas akibat kebakaran di flat Taman Puchong Perdana di sini.

PETALING JAYA - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga yang terjejas akibat kebakaran di flat Taman Puchong Perdana di sini.

LZS dalam satu kenyataan memaklumkan, kunjungan dibuat agensi itu selepas menerima berita mengenai kejadian kebakaran menimpa keluarga terbabit pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

"Hasil tinjauan kami, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa atau pun kecederaan yang berlaku ke atas mangsa kebakaran.

"Kami telah hadir menziarahi serta menyampaikan sumbangan kecemasan hasil daripada zakat yang ditunaikan oleh pembayar sekalian.

Keadaan perabot dan perkakas rumah yang rosak akibat kebakaran.

Iklan

"Insya-Allah, bantuan lain turut akan disalurkan setelah dokumen yang berkaitan kami peroleh dari mangsa," kata LZS menerusi kenyataan itu di laman Facebooknya, pada Isnin.

Dalam pada itu, LZS turut memaklumkan pihak berkuasa berkaitan juga percaya punca kebakaran itu adalah disebabkan daripada litar pintas.

Iklan

"Banyak perabot dan pek akas rumah tidak dapat diselamatkan termasuklah pendawaian elektrik. Buat sementara waktu ini, mangsa tersebut menumpang teduh di rumah anaknya," katanya.