Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat

Iklan
Anwar menunjukkan senarai ahli Jemaah Menteri selepas mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang.

Ia susulan dua kementerian sebelum ini dipecahkan dan kewujudan satu portfolio baharu di Jabatan Perdana Menteri.

Kementerian yang dipecahkan adalah Kementerian Komunikasi Digital menjadi dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Iklan
Iklan

Fahmi Fadzil kekal sebagai Menteri Komunikasi manakala Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dilantik Menteri Digital.

Sementara itu, portfolio Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dipecahkan menjadi Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Iklan

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau turut dipertanggungjawabkan terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh Datuk Armizan Mohd Ali.

Iklan

Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan dibantu oleh Timbalannya, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Dr Zaliha Mustafa yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini diamanahkan untuk menerajui Wilayah Persekutuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan peningkatan jumlah timbalan menteri iaitu 27 kepada 29 orang.

Jumlah keseluruhan peningkatan itu adalah 60 orang barisan kabinet namun ia lebih rendah berbanding saiz kabinet ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri iaitu 70 orang.

Dalam pada itu Anwar berkata, pelaksanaan pemotongan gaji jemaah menteri sebanyak 20 peratus sebulan diteruskan.

Pada Disember tahun lalu, Jemaah Menteri bersetuju untuk pemotongan tersebut sebagai tanda keprihatinan terhadap masalah rakyat.