Buaya jantan 'gergasi' 1.2 tan ditembak di Lahad Datu

Iklan
Buaya jantan berjaya ditangkap di Kampung Desa Bajau.

LAHAD DATU - [DIKEMAS KINI] Seekor buaya jantan sepanjang hampir lima meter berjaya ditembak mati sebelum bangkainya dibawa naik ke darat dalam kejadian di Kampung Desa Bajau, di sini pada Isnin.

Reptilia dianggarkan seberat 1.2 tan itu itu berjaya ditangkap selepas hampir lima jam Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) melakukan operasi.

Iklan
Iklan

Anggota APM membawa naik buaya ke darat selepas berjaya ditembak pasukan JHL Lahad Datu.
.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran haiwan reptilia itu pada jam 4.38 petang.

Iklan

"Sebanyak tiga kali percubaan untuk menangkap buaya tersebut tetapi tidak berjaya kerana saiznya yang terlalu besar, hampir lima meter panjang dan dua meter lebar dengan berat 1.2 tan.

Iklan

"Operasi menangkap haiwan ini dilakukan bersama JHL Lahad Datu dan akhirnya berjaya ditangani pada jam 8.50 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tujuh das tembakan untuk menangkap buaya tersebut.

"Buaya itu kemudian ditarik oleh anggota APM dan penduduk kampung serta dibawa ke perumahan Hidupan Liar untuk dilupuskan," katanya.

Buaya terbesar yang pernah ditangkap pada September tahun lalu oleh JHL di Lahad Datu.

JHL Sabah sebelum ini turut merekodkan buaya terbesar sepanjang 5.3 meter berjaya ditangkap pada September tahun lalu.