HARARE - Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah mati di Taman Negara Hwange di Zimbabwe akibat kemarau yang disebabkan oleh El Nino, kata kumpulan kebajikan dan pemuliharaan haiwan antarabangsa pada Isnin.
Menurut kenyataan Dana Antarabangsa bagi Kebajikan Haiwan (IFAW), El Nino berterusan mengakibatkan hujan lewat lima minggu di taman hidupan liar terbesar yang menempatkan kira-kira 45,000 gajah di Zimbabwe.