Krew Lufthansa lancar mogok selama tiga hari

Iklan
Sebanyak 180 penerbangan domestik terjejas akibat daripada mogok selama tiga hari yang dilakukan krew penerbangan Lufthansa. - Foto: Agensi

BERLIN - Krew penerbangan Lufthansa memulakan mogok selama tiga bermula hari ini menyebabkan hampir 180 daripada 1,200 penerbangan domestik syarikat itu terjejas menjelang tempoh sambutan tahun baharu.

Tindakan terbaharu itu akan memberi kesan kepada Lufthansa dalam mengukuhkan hubungan antara syarikat penerbangan terbesar di Eropah itu dengan wakil pekerja setelah mereka berperang dengan syarikat penerbangan tambang rendah.

Iklan
Iklan

Kesatuan Pengiring Penerbangan (UFO) menyebut tindakan itu diambil setelah syarikat penerbangan Jerman itu gagal menyelesaikan tuntutan pekerja dengan Lufthansa minggu lalu dan sebarang keputusan mengenai mogok itu akan diumumkan selepas 2 Januari nanti..

Syarikat yang mengendalikan 30 daripada 140 pesawat di unit Eurowings Lufthansa dan Eurowings berkata, pihaknya akan terus melakukan segala kemungkinan untuk mengurangkan impak yang terpaksa dihadapi mereka ketika ini.

Iklan
Iklan

"Mogok ini sangat tidak berasas dan kami tidak fahami kenapa ia harus berlaku. Kami akan cubat lakukan segala-galanya untuk memastikan penumpang kami dapat mengikuti jadual penerbangan sebagai mana biasa antara krismas dan Tahun Baharu," katanya. - Agensi.