Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis teliti 'dashcam', ada pergerakan dikesan

Iklan
Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan di Apartmen Idaman, Damansara Damai. - Foto Bernama

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Polis masih menganalisa lebih lanjut beberapa rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan di Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini ada pergerakan dikesan, namun tidak dipastikan sama ada ia merupakan individu atau objek lain.

Iklan
Iklan

"Semakan 'dashcam' ini kita masih jalankan, ada pergerakan namun kita masih meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

"Bagaimanapun, kita tidak dapat dedahkan secara lanjut hasil analisa berkenaan, sama ada individu atau penduduk, kita sedang analisa lebih lanjut," katanya pada Selasa.

Iklan

Suasana di sekitar lokasi kawasan parkir di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini. - Foto Bernama


Mengulas berkaitan bantuan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beliau berkata, usaha dijalankan untuk mengepam air keluar takungan air berdekatan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

Jelas beliau, usaha berkenaan dijalankan bagi mendapatkan bukti baharu dan sebarang petunjuk berkaitan kes ini.

Iklan

"Setakat ini belum terdapat sebarang penemuan baharu, namun usaha tetap dijalankan bagi membantu siasatan berkaitan kes ini," katanya.

Pada Rabu, mangsa berumur enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam.

Mangsa, Zayn Rayyan Abdul Matiin dipercayai dibunuh itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.